Bahagian Pendidikan Guru

User name: Password:

Slide Menu

Penghargaan

Sistem ini membolehkan anda mengakses maklumat pergerakan Kakitangan dan Staf BPG. Segala maklumat yang diperolehi dari sistem ini adalah tidak boleh disebarkan atau dimanipulasikan dalam apa jua cara tanpa kebenaran daripada pihak Administrator atau Pengarah BPG

 
Sistem ini juga dapat membantu pegawai merekod pergerakan.
 

Sudut Renungan

"Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka)."
Oleh
Surah Mumtahanah: 2

Sumbangan Artikel untuk Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 4, 2008 dan Ji

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sedang mengumpul artikel-artikel penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan guru Jilid 4, 2008 dan Jilid 5, 2009.

Sumbangan semua penulisan artikel hendaklah mengikut Garispanduan Penerbitan dan Penulisan Artikel BPG yang boleh didapati daripada web portal BPG. Bahagian ini mengalu-alu semua pihak yang berminat untuk menghantar artikel kepada Ketua Editor melalui emel : editor.bpg.jppg@gmail.com

Tarikh tutup penyerahan semua artikel kepada Ketua Editor adalah 30 Julai 2009

MAKLUMAN - PENGGUNA APLIKASI ON-LINE

Salam untuk semua pengguna aplikasi SPS dan e-SPPS. Terdapat perubahan pada link ke aplikasi SPS dan SPPS.

Link ke Aplikasi SPS, e-Perjawatan, E-Enrolmen dan E-Daftar telah diletakkan dibawah menu "APLIKASI - ONLINE"

Harap maklum, segala kesukaran amat dikesali.

SPS - Sistem Pergerakan Staf

Assalamualikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kepada semua pengguna yang memanfaatkan Sistem Pergerakan Staf (SPS).

Untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan dan pengurusan aplikasi Sistem Pergerakan Staf, Aplikasi ini sekarang dipindahkan ke Server di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kepada semua pengguna, boleh mengakses sistem ini menerusi URL Berikut:

http://apps.emoe.gov.my/bpg/aplikasi.cfm

Nama pengguna dan Katalaluan pengguna masih seperti dulu. Namun begitu sekiranya pengguna telah menukar katalaluan pada server edidik, pengguna masih perlu menggunakan katalaluan yang lama apabila mengakses ke Sistem Pergerakan di server BPM, KPM

Sekian untuk makluman semua..

SISTEM PERGERAKAN STAF (SPS)

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Warga BPG dan IPG.

Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Sistem Pergerakan Staf (SPS) kini boleh diakses dan digunakan oleh semua pegawai dan staf di Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru. Pengguna yang telah berdaftar dan mempunyai username dan password sahaja yang dibenarkan menggunakan aplikasi ini. Pengguna boleh mendapatkan username dan katalaluan menerusi pegawai perjawatan di IPG atau menerusi KUKP IPG masing-masing.

Aplikasi ini membolehkan pergerakan seseorang staf di rekodkan disamping membolehkan pihak pengurusan di BPG dan IPG membuat pemantauan terhadap pergerakan staf dan kakitangan dibawah organisasinya.

Aplikasi SPS akan digunakan di BPG/ IPG bermula pada bulan Oktober 2008, selaras dengan keputusan mesyuarat M3P BPG/ IPG.

Sehubungan dengan itu Unit Teknologi Pengurusan dan Maklumat, BPG. Mencadangkan kepada pihak pengurusan di BPG/ IPG menekankan dan mewajibkan penggunaan aplikasi ini kepada semua staf. Bagi menggalakkan lagi penggunaan aplikasi ini, adalah diharapkan semua staf mengisi sendiri secara online pergerakan masing-masing sebelum menjalankan tugasan luar. Pihak BPG/ IPG juga boleh meminta semua staf menyertakan salinan pergerakan yang dicetak menerusi aplikasi ini semasa membuat tuntutan perjalanan pada setiap bulan sebagai salah satu dokumen sokongan ketika membuat tuntutan.

Aplikasi SPS boleh diakses menerusi link yang terdapat dalam laman Portal BPG di URL BERIKUT:

http://bpg.edidik.edu.my

Menu : Sistem Pergerakan Staf
Klik : Pergerakan Staf BPG/IPG

atau terus login ke aplikasi di url berikut:

http://apps.emoe.gov.my/bpg/pergerakan.cfm


Kesungguhan dan komitmen semua pihak dalam perkara ini adalah amat diharapkan.

Selamat menggunakan aplikasi ini.

Oleh : Administrator.

Pengumuman Untuk Penyelaras Berita IPG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aplikasi on-line bagi muat naik berita kini dibuka semula. Diharapkan semua penyelaras berita di IPG dapat muat naik berita-berita semasa yang berjalan di IPG.

Maklumat Umum::

75 pelajar KPLI Ambilan Jun 2009 mendaftar di Kampus Sarawak Miri
MIRI 22 jUN 2009 - Seramai 75 orang pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009 telah mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sarawak Miri. Menurut sumber yang diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, daripada jumlah tersebut 19 orang akan mengikuti Pengajian Bahasa Melayu manakala 18 orang lagi akan mengikuti Pengajian Bahasa Inggeris. Bagi opsyen Pengajian Bahasa Cina dan Pengajian Agama Islam pula masing-masing 17 dan 21 orang. Daripada jumlah tersebut, 58 orang adalah perempuan manakala selebihnya adalah lelaki. - Oleh Abg. Mortadza Abg. Fauzan
Posted By grafik_ips on 2009-06-29 05:16:33.0 | Maklumat Umum
Reads: 46 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

IPGM Kampus Darulaman :: BEd TESL JOINT-BOARD MEETING

BED TESL JOINT-BOARD MEETING
TED  ITE Collaboration Programme & UK Partners
8 -12 JUNE 2009

<<

A BEd- TESL Moderation of Papers and Joint- Board meeting was held in ITE Darulaman Campus , Jitra, Kedah from 8  12 June 2009. The board consists of Overseas Collaboration Partners, Teacher Education Division , Scholarship Division and Institutes of Teacher Education . The overseas partners are from University of Portsmouth, University of Warwick, University of Canterbury Christ Church, and University College Plymouth St. Mark and St. John. The ITEs are from Darulaman, Ipoh , Kota Bharu , International Languages and Gaya campuses.


Prior to board meeting, moderation of assignments , coursework and examination scripts was carried out. There were a lot of insightful and meaningful discussion. The interaction went smoothly and the responsibilities were carried out accordingly . The Curriculum Development Division presented the concept paper on Transformational Curriculum  by Mr. Azami Ibrahim.


The final Joint-University Institute Committee meeting was chaired by the Deputy Director of TED, Dr. Kartini bt Baharun.


All parties felt that the one -week programme achieved its objectives. The meeting was very successful and congratulations to all parties involved.
Posted By WEB_IPDA on 2009-06-24 21:34:16.0 | Maklumat Umum
Reads: 51 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

"BEHIND THE SCENE" KONSERT KPM 2009 DEWAN MERDEKA PWTC
KUALA LUMPUR 17 Jun 2009: Setiap kali sesuatu segmen persembahan dipancarkan ke layar, dalam waktu yang sama di sudut bawah terdapat maklumat atau penerangan mengenai sesuatu persembahan atau animasi logo dan sebagainnya. Begitu jugalah pertukaran "scene" kepada "scene" yang lain dari sudut kamera yang berbeza sungguh menarik. Sekali imbas, tugas tersebut nampak mudah.

Namun pada hakikatnya tanggungjawab yang dipikul oleh Jawatankuasa Rakaman Dan Dokumentasi bukannya mudah walaupun berada dibelakang tabir (di bilik kawalan video)sepanjang masa persembahan. Kesilapan yang kecil boleh mencacatkan persembahan lebih-lebih lagi yang melibatkan persembahan yang dipancar secara terus ke layar. Salah satu tugas yang memerlukan ketelitian ialah penyediaan bahan multimedia, "superimpose" atau "title bar" agar bertepatan dengan setiap segmen persembahan. Semuanya memerlukan kepakaran, kesabaran serta kerjasama padu dikalangan krew yang terlibat.

Jawatankuasa Rakaman Dan Dokumentasi Konsert KPM 2009 terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Mereka ialah Shamsul Saniron (BPG) selaku Pengurus, Borhan Hashim (IPGM Kampus Sultan Abdul Halim Kedah), Md. Zulfakar Mohd Saleh (IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang), Badrul Hisham Ahmad Sukar (IPGM Kampus Ipoh Perak), Subramaniam a/l Kolimdapan (IPGM Kampus Raja Melewar Seremban), Saifudin Saleh (IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang) dan Abg. Mortadza Abg Fauzan (IPGM Kampus Sarawak Miri).

Pada konsert kali ini, bermula Bengkel Latihan Siri Pertama pada bulan April lalu sehinggalah ke Bengkel Latihan Siri Akhir dan malam pementasan konsert, jawatankuasa ini telah dibantu oleh 3 orang pelajar PISMP Pendidikan Muzik IPGM Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada Ain Bt Jamal, Shamimi Hanifa Dulhisham dan Maria Mohad Hatar. Oleh: Abg. Mortadza Abg. Fauzan JK Rakaman Dan Dokumenasi BPG.



Posted By grafik_ips on 2009-06-23 23:36:00.0 | Maklumat Umum
Reads: 38 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

SK BA' KALALAN DAN SK LUBAI SARAWAK KEBANGGAAN NEGARA
Berikut ialah sebahagian daripada berita muka depan oleh Sudan Ajang dari akhbar UTUSAN BORNEO Khamis 18 Jun 2009.

MIRI: Dua buah sekolah pedalaman Sarawak iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ba'Kalalan di Lawas dan SK Lubai di Limbang mengharumkan nama negara selepas masing-masingnya dinobatkan juara dan naib juara Commonwealth Education Good Practices 2009, menewaskan 49 negara Komanwel buat julung kalinya.

Piala pusingan dan piala kemenangan disampaikan kepada kedua-dua sekolah itu oleh Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis gilang gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Putrajaya.
Posted By grafik_ips on 2009-06-22 22:31:44.0 | Maklumat Umum
Reads: 45 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

KERLIPAN BINTANG DARI ILMU KHAS DAN TEKNIK
KUALA LUMPUR 17 Jun 2009 : - Dato' Mokhzani Ismail dan Anis Salwa Alauddin telah berjaya mencuri perhatian penonton pada Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2009 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Apa yang sangat membanggakan ialah Dato' Mokhzani Ismail pada awal kariernya adalah seorang guru lulusan dari IPGM Kampus Pendidikan Ilmu Khas (dahulunya MP Ilmu Khas) awal tahun 80an. Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Muzik di RTM.

Tampil dengan imej bertudung, Juara Bintang Klasik Nasional dan Bintang Klasik Nusantara 2007, Anis Salwa Alauddin pula ialah pelajar PISMP Matematik dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pendidikan Teknik Cheras. Mula menyanyi sejak berusia 14 tahun lagi.

Pada malam tersebut Anis telah mendendangkan lagu berjodol "RINDU MERINDU" manakala Dato' Mokhzani Ismail dengan sentuhan piano instrumental bertajuk "IBU". Oleh Abg Mortadza Abg Fauzan JK Rakaman dan Dokumentasi BPG
Posted By grafik_ips on 2009-06-22 20:29:31.0 | Maklumat Umum
Reads: 48 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

JAMUAN KHAS KONSERT KPM 2009
KUALA LUMPUR 18 Jun 2009: "Kejayaan Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2009 adalah hasil kerjasama daripada semua pihak. Walaupun sepanjang siri bengkel dijalankan, tegur menegur sesama sendiri di kalangan ahli jawatankuasa adalah lumrah demi kebaikan untuk memantapkan lagi konsert. Begitu juga kepada semua pelajar yang terlibat dalam Konsert KPM, anggaplah setiap teguran dari guru-guru pembimbing dan jurulatih sebagai suatu bentuk teguran yang membina", Y.Bhg. En. Jame Alip Pengarah Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum KPM berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Jamuan Khas Konsert KPM. Majlis berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Jame Alip telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan bagi menghargai sumbangan semua tenaga produksi dan pelajar-pelajar yang terlibat menjayakan konsert KPM 2009. :- Oleh Oleh Abg. Mortadza Abg. Fauzan JK Rakaman Dan Dokumentasi BPG.
Posted By grafik_ips on 2009-06-21 21:10:09.0 | Maklumat Umum
Reads: 59 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

KONSERT KPM 2009 HARUMKAN NAMA NEGARA
KUALA LUMPUR 17 Jun 2009:"TAHNIAH DAN SYABAS....MEMANG HEBAT, ANDA SEPATUTNYA BANGGA", begitulah kata-kata pujian yang diluahkan oleh deligasi Menteri Pelajaran Negara-Negara Komanwnel dan penonton disertai tepukan gemuruh oleh mereka yang berada di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) sejurus persembahan Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2009 tamat.

Persembahan Konsert KPM 2009 yang penuh gilang gemilang dan warna warni itu telah disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Seri Muhyiddin Bin Yassin Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia serta Yang Amat Berbahgia Puan Seri Noraini Binti Abdul Rahman. Turut menyaksikan konsert pada malam tersebut ialah Timbalan Menteri Pelajaran Yang Berhormat Dato Dr. Ir. Wee Ka Siong dan Yang Berhormat Dato Dr. Mohd Puad Zarkashi, Y.Bhg.Tan Seri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang (Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia), Y.Bhg Tan Seri Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia).

Tahun ini Konsert KPM sungguh istimewa kerana ia turut ditontoni oleh tetamu dari luar negara iaitu Menteri Pelajaran dari Negara-Negara Komanwel dan deligasi yang mengadakan persidangan di Kuala Lumpur.

Disamping nyanyian lagu-lagu popular terkini, kebolehan pelajar-pelajar mendendangkan lagu yang tidak sezaman dengan mereka melalui irama 60an serta dendangan lagu-lagu retro irama hindustan dan barat turut mengambalikan nostalgia.

Kedinginan Dewan Merdeka pada malam itu bagaikan tidak terasa bila suasana semakin dihangatkan dengan persembahan solo petikan piano lagu berjodol "IBU" oleh Dato' Mokhzani Ismail Pengarah Muzik RTM. Begitu juga kehebatan dan kehandalan pelajar bermain alat muzik secara solo seperti Sita, Erhu, Flute, Gitar dan Saxephone begitu mengasyikkan.

Konsert selama 1 jam setengah ini berjaya membuatkan penonton terpaku dan tidak berganjak dari tempat duduk sehingga tidak terasa persembahan sudah sampai ke penghujungnya.

Lagu-lagu yang dipersembahkan sepanjang konsert pada malam tersebut telah digubah oleh pelajar serta guru muzik dan dijelmakan menerusi irama yang begitu indah, merdu serta mengasyikkan oleh Orkestra Kementerian Pelajaran Malaysia pimpinan En. Subri Bahari dari Jabatan Pelajaran Perlis.

Konsert KPM 2009 merupakan konsert kali ke 11 sejak ia mula diadakan pada 1997 dimana ketika itu hanya merupakan Konsert Bahagian Pendidikan Guru. Mulai tahun 2000 konsert ini telah dipeluaskan menjadi Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mengenengahkan pelajar-pelajar yang berbakat dari seluruh negara. Istimewanya konsert KPM pada tahun ini ialah penglibatan menyeluruh oleh pelajar sebagai penyanyi, pemuzik dan penari.

Pada tahun ini, matlamat konsert adalah untuk melahirkan generasi muda yang berketrampilan dalam bidang muzik, berbakat, berkebolehan dan memiliki disiplin yang tinggi. Selain daripada itu, melalui konsert ini telah memberi peluang kepada semua penggiat seni yang terdiri daripada kalangan warga kementerian Pelajaran Malaysia dan murid untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Y.Bhg Tan Seri Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) dalam kenyataan ringkasnya sejurus konsert tamat mengucapkan tahniah kepada semua tenaga produksi serta pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa kerana telah bekerjasama menjadikan Konsert KPM 2009 antara yang terbaik.

Hadir sama menyaksikan konsert KPM pada malam tersebut ialah Y.Bhg. Dato Hajah Noor Rezan Bin Bapoo Hashim (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan), Datin Asariah Bt Mior Shaharuddin (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Y.Bhg. Dr Haili B. Dolhan (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. -Oleh Abg Mortadza Abg Fauzan JK Rakaman Dan Dokumentasi BPG
Posted By grafik_ips on 2009-06-19 03:37:58.0 | Maklumat Umum
Reads: 122 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

KONVO 2009 ZON SABAH
Kota Kinabalu 16 JUN 2009 - Bertempat di Grand Ballroom, The Magellan Sutera, Kota Kinabalu, Konvo 2009 Zon Sabah telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Empat buah IPGM Zon Sabah (Kent, Gaya, Keningau dan Tawau) telah bergabung demi untuk menjayakan Konvo 2009 ini. Sistem penggiliran telah menjadikan IPGM Kampus Tawau sebagai Tuan Rumah dan Pengerusi untuk tahun ini. Antara VIP yang telah dijemput ialah Y. Bhg. Dato' Misrah bin Hj. Ibrahim, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.
Posted By grafik_ipkent on 2009-06-17 19:24:27.0 | Maklumat Umum
Reads: 125 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

NUR REZAN HADIR PRA TONTON KONSERT KPM 2009- BENGKEL SIRI AKHIR
KUALA LUMPUR 14 Jun 2009: Dewan Banquet Hotel Kuala Lumpur International di Kuala Lumpur kembali bergema dengan alunan merdu nyanyian bersama iringan muzik daripada Orkestra Konsert KPM 2009.

"Persembahan anda kali ini sangat bertenaga serta menampakkan peningkatan dan lebih professional", demikian komen Y.Bhg Dato' Nur Rezan Bapoo Hashim Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia sejurus selepas menyaksikan majlis Pra Tonton Konsert KPM 2009.

Nur Rezan juga berharap agar semua peserta konsert dapat mempersembahkan sebuah persembahan yang terbaik kerana dijangka lebih daripada 1400 orang delegasi termasuk 37 menteri-menteri daripada negara-negara Komanwel akan hadir menyaksikan konsert itu nanti.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola termasuk ibubapa kerana telah bekerjamasa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisaikan Konsert KPM 2009 suatu kejayaan dan terbaik.

Pada Pra Tonton kali ini menyaksikan Dato' Mokhzani Ismail mempersembahkan sebuah lagu instrumental bertajuk "Ibu" melalui petikan piano.

Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia 2009 yang diadakan buat kali kesebelas ini dianggotai oleh pelajar-pelajar seluruh negara akan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 17 Jun 2009. :Oleh Abg Mortadza Abg Fauzan JK Rakaman Dan Dokumentasi BPG
Posted By grafik_ips on 2009-06-15 03:05:49.0 | Maklumat Umum
Reads: 144 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

PISMP SEM 5 PENDIDIKAN MUZIK IPGM ILMU KHAS BANTU KONSERT KPM 2009
KUALA LUMPUR 15 Jun 2009 - Bahang Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2009 kini kian terasa. Semua jawatankuasa konsert kini bertungkus lumus memastikan persediaan dan perancangan setiap segmen persembahan pada malam tersebut berjalan dengan lancar. Bengkel latihan yang bermula sejak April lalu kini hampir ke fasa terakhir.

Bagi memastikan semuanya siap siaga, Jawatankuasa Pengelola Konsert KPM 2009 kali ini telah dibantu oleh pelajar-pelajar PISMP Pendidikan Muzik Semester 5 dari IPGM Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur sehingga malam pementasan Konsert KPM 2009 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada 17 Jun nanti.

Bermula daripada Bengkel Latihan Siri Pertama pada April lalu sehinggalah ke Bengkel Latihan Siri Akhir pada cuti smester kali ini (Jun), kumpulan ini benar-benar komited dan menunjukkan komitmen yang tinggi serta berdedikasi dalam menjalankan tugas sepanjang tempuh bengkel berlangsung. Walaupun sedang bercuti kesanggupan mereka bersama warga Kementerian untuk merealisasikan aspirasi negara haruslah dipuji. Oleh Abg Mortadza Abg. Fauzan JK Rakaman Dan Dokumentasi BPG
Posted By grafik_ips on 2009-06-14 23:32:25.0 | Maklumat Umum
Reads: 138 | printer friendly page
 

Next 10 Berita

Perutusan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Sempena Pendaftaran Dan Minggu Pengurusan Pelajar KPLI Ambilan Jun 2009..

 

Maklumat Terkini
  • Pengesahan Pendaftaran Pelajar Secara Online Kepada semua pegawai data di IPGM diminta mengemaskini pengesahan pendaftaran pelajar dan menghantar status terkini pendaftaran Pelajar KPLI Ambilan Jun 2009. Sila Login Ke http://apps.emoe.gov.my /bpg/aplikasi.cfm
  • MESYUARAT PENGURUSAN PELAKSANAAN ON LINE LEARNING (OLL) PGSR SEMESTER 2 BIL 3/2009
    Mesyuarat tersebut akan dijalankan mengikut Zon (Sila Lihat Lampiran A) untuk lihat tarikh, masa dan tempat mesyuarat akan dijalankan. Diantara 27 - 29 Mei 2009. Surat Panggilan. Masa Mesyuarat adalah jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang
  • Terima Kasih
  • Bengkel Pembinaan Dan Pemurnian Bahan On Line Learning (OLL) PGSR/PISMP dan j-Qaf Semester 2 / 2009
    Bengkel tersebut akan diadakan di Capitol Hotel, Kuala Lumpur Pada 27 hingga 30 April 2009. Sila Klik Surat panggilan bagi menyemak senarai pegawai yang dipanggil . Terima Kasih
  • Pengemaskinian Maklumat Perjawatan Bagi Kakitangan BPG/ IPGM kini boleh diakses, Sila Login dan Klik pada e-Perjawatan (SPPS) atau terus akses ke URL http://apps.emoe.gov.my /bpg/perjawatan.cfm
  • Bagi Pensyarah dan staf yang belum mempunyai ID dan katalaluan sila dapatkan daripada KUKP atau PT Perjawatan IPGM masing-masing
  • Pengemaskinian profil peribadi, Maklumat Kepakaran, Kokurilkulum dan Kelas Pengajaran dan Pembelajaran kini boleh diakses oleh semua pengguna yang mendaftar.
  • Terima kasih atas kerjasama anda

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun laman ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh sistem ini. Sistem ini dibangunkan oleh Unit Teknologi & Maklumat, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
Copyright © 2007 http://apps.emoe.gov.my/bpg All rights reserved.